PERARAKAN
MENENTANG MALAYAN UNION DI KOTA BHARU
|
Pada hari ini dalam tahun 1945,
10,000 orang Melayu di bawah anjuran Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan
telah mengadakan perarakan kerana membantah penubuhan Malayan Union.
Perarakan ini diadakan
berikutan perjumpaan Sir Harold Mac Michael dengan Sultan Kelantan untuk
menandatangani Perjanjian Penubuhan Malayan Union yang akan membuka pintu
kepada bangsa-bangsa asing dan mempunyai hak yang sama dengan orang Melayu.
Perarakan tersebut telah menuju
ke rumah Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan untuk menyampaikan bantahan
orang Melayu seluruhnya. hasilnya Ketua Pegawai Hal Ehwal Awam Kelantan
bersetuju akan menyampaikan bantahan tersebut kepada Sir Harold Mac Michael.
Kemudiannya perarakan tersebut
menuju ke Istana Sultan Kelantan dan menyembahkan bantahan penubuhan Malayan
Union kepada Baginda Sultan Kelantan dan diperkenankan.
Sesungguhnya hari ini
dalam tahun 1945, adalah satu tarikh bersejarah bagi orang-orang Melayu
Kelantan dalam usaha menentang dasar penjajahan Inggeris.
|