PENGERTIAN CD INTERAKTIF
·
CD Interaktif adalah salah satu media interaktif yang masih baru
dikenal, media ini merupakan pengembangan dari teknologi internet yang sangat
terkenal saat ini, data membuktikan bahawa lebih dari 200 juta orang
menggunakan media interaktif ini.
·
CD Interaktif merupakan sebuah media yang dapat dikemas dalam sebuah CD
(Compact Disk) yang tujuannya adalah aplikasi interaktif didalamnya dan juga
mempunyai beberapa menu yang dapat diklik untuk menampilkan suatu informasi
tertentu.
·
Persamaan CD Interaktif dengan internet adalah sama-sama menggunakan
sistem navigasi pada saat operasionalnya, namun bezanya jika CD Interaktif
secara offline maka internet secara online.
·
Sebagai sebuah produk, CD Interaktif merupakan pemecahan suatu masalah
berdasarkan pendekatan komunikasi visual, monitor merupakan media komunikasi
visual yang tampilannya tidak berbeza dengan desain majalah atau surat khabar.
·
Membuat halaman CD Interaktif tak ubahnya membuat halaman web, kerana
secara umum halaman web sama dengan halaman CD Interaktif.
·
Dari pelbagai pendapat, beberapa elemen yang diperlukan dalam proses
perancangan sebuah CD Interaktif yang artistik dan efektif adalah Tipografi,
Simbolisme, Fotografi, Warna, Ilustrasi, nuansa, animasi dan halaman depan.
KELEBIHAN CD INTERAKTIF
§ Penggunanya boleh
berinteraksi dengan komputer
§ Menambah
pengetahuan atau materi pelajaran yang disajikan dalam CD Interaktif
§ Tampilan audio
visual yang menarik
KEKURANGAN CD INTERAKTIF
§ Kerana medium yang
boleh digunakan cuma komputer jadi hanya para pemakai komputer sahaja yang
boleh memakainya.
§ Pemakaiannya harus
lebih hati-hati agar tidak tergores, terkena panas, dan lain-lain.